Bahrain Samah, MD (AM) RH (AHG)
Sinar Harian, Oktober 18, 2015
MULTIVITAMIN merupakan
makanan tambahan yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral,
kadang-kadang mengandungi nutrien lain.Ia paling biasa diambil kalangan
pengguna individu pertengahan umur, stres, wanita ingin mengandung, sedang
mengandung, menyusu bayi, vegetarian penuh, kurangkan berat badan, perokok, dan
peminum alkohol.
Kajian sains menunjukkan multivitamin mempengaruhi kesihatan seperti mencegah kanser dan serangan jantung dengan keputusan bercampur-campur. Kebanyakan pengguna suplemen percaya ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan.
Namun saintis, Regan Bailey, PhD dari Pejabat Makanan Tambahan National Institutes of Health Amerika Syarikat tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya. Menurutnya, sebahagian besar suplemen digunakan di Amerika Syarikat adalah berdasarkan pilihan sendiri, bukan cadangan doktor.
Beliau dan pasukannya yang terlibat menjalankan kajian berjudul Why US Adults Use Dietary Supplements, dalam Journal of the American Medical Association Internal Medicine (2013) telah mengumpul data hampir 12,000 orang dewasa yang mengambil bahagian dalam National Health and Nutrition Examination Survey 2007 – 2010.
Tahap kesihatan
Sebanyak 45 peratus peserta kajian yang mengambil multivitamin percaya ia dapat memperbaiki tahap kesihatan. Manakala 33 peratus peserta percaya bahawa ia dapat membantu menjaga kesihatan. Hanya 23 peratus didapati membuat keputusan berdasarkan nasihat doktor mereka.
Dr Bailey berkata, sukar mengetahui vitamin memperbaiki kesihatan kerana orang pengguna makanan tambahan pada masa sama melaporkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
David Agus, profesor perubatan/kejuruteraan dan ketua Westside Cancer Center di University of Southern California, Los Angeles melempar kritikan pedas pada multivitamin.
Menurutnya, tiada sebarang data yang menyokong sebarang jenis vitamin dapat menjadikan kita semakin bertenaga atau hidup lebih lama. Vitamin dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti kanser..., berhentilah mengambil vitamin!
Sila semak artikel tulisan Robert Lanzer berjudul "Dr. David Agus Wants All His Billionaire Patients To Live To Be 100", Forbes Investing Digest (Jan 12, 2014). Terdapat pelbagai kenyataan oleh ramai pakar dengan sentimen serupa.Beberapa kajian sains yang mungkin dapat dijadikan sandaran oleh konsumer bahawa multivitamin boleh membantu memperbaiki tahap kesihatan.
Dr Regan Bailey mengumpul data dari National Health and Nutrition Examination Survey II (1988-1994) yang melibatkan 8,678 orang dewasa berumur 40 tahun ke atas. Sebahagian besar suplemen diambil peserta kajian terdiri daripada multivitamin/mineral dan pelbagai jenis multivitamin.
Keputusan kajian mendapati sekumpulan wanita yang mengambil multivitamin melebihi 3 tahun mengalami penurunan risiko penyakit jantung sebanyak 35 peratus di mana kesannya tahan selama 18 tahun.
Penemuan tersebut didapati kukuh setelah pasukan saintis penyelidik mengetepikan beberapa pemboleh ubah yang mempengaruhi risiko penyakit jantung termasuk umur, etnik, pendidikan, indek jisim tubuh, alkohol, penggunaan aspirin, lipid serum, tekanan darah dan glukos darah (glycated hemoglobin).
Kajian tersebut berjudul Multivitamin-Mineral Use Is Associated with Reduced Risk of Cardiovascular Disease Mortality among Women in the United States diterbitkan dalam Journal of Nutrition (Jan 7, 2015).
Penurunan risiko penyakit jantung sebanyak 35 peratus adalah tinggi. Seramai 23.6 peratus wanita mengambil statin (ubatan mengawal paras kolesterol) walaupun kajian terbesar mendapati statin tidak mampu mengurangkan risiko penyakit jantung pada wanita.
Lihat artikel berjudul A New Women’s Issue: Statins di Science Blog (Mei 4, 2014) dan kajian oleh Paul M Ridker dan pasukannya berjudul Cardiovascular benefits and diabetes risks of statin therapy in primary prevention: an analysis from the Jupiter trial terbit dalam jurnal The Lancet (Ogos 2012).
Kurang risiko
Kajian Multivitamin and mineral use and breast cancer mortality in older women with invasive breast cancer in the women’s health initiative terbit dalam jurnal US National Library of Medicine oleh National Institutes of Health (Julai 2015) pula menunjukkan subjek yang mengambil multivitamin, vitamin D, kalsium dan zink kurang mengalami risiko kematian akibat kanser payudara sebanyak 30 peratus berbanding subjek yang tidak mengambilnya.
Kajian lain melibatkan 14,641 doktor lelaki selama 14 tahun mendapati subjek yang mengambil multivitamin mengalami penurunan risiko kanser sebanyak 8 peratus (signifikan secara statistik) berbanding dengan subjek yang mengambil plasebo (kumpulan kawalan).
Sila semak siaran akhbar Multivitamin Use Among Middle-Aged, Older Men Results in Modest Reduction in Cancer di For the Media di www.jamanetwork.com.
Kajian Physicians’ Health Study II oleh saintis-saintis Harvard Medical School (2014) mendapati pengambilan harian multivitamin mengurangkan risiko katarak pada peratusan kecil namun bermagnitud besar.
Kajian kecil berbentuk kaji selidik berjudul Multivitamin use and telomere length in women’ terbit dalam jurnal American Journal of Clicinal Nutrition (2009) mendapati wanita yang mengambil multivitamin mengalami penambahan saiz telomere dari segi panjang. Telomere adalah urutan protein DNA secara berulang-ulang di kedua-dua hujung kromosom.
Ia membantu DNA menjalani replikasi secara sempurna dan cekap. Saiz telomere yang panjang dipercayai penanda umur serta mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit degeneratif termasuk penyakit jantung dan kanser. Menurut Berkeley Wellness yang dikelola University Of California, Berkeley melalui artikel berjudul Do you need a multivitamin?, kebanyakan kajian sains terhadap multivitamin adalah kajian berbentuk pemerhatian. Ia tidak membuktikan sebab dan akibat sepertimana kajian klinikal berbentuk double-blind.
Menurut artikel itu lagi, pelbagai multivitamin dianggap selamat sungguh pun sesetengahnya mengandungi sesetengah bahan misalnya kuprum pada kadar yang tinggi (perlu diketahui oleh konsumer).
Pandangan ramai pakar: Pil multivitamin berfungsi sebagai makanan tambahan, jadi ia tidak harus dijadikan alternatif kepada diet sihat dan seimbang. Ambil multivitamin jenama terkemuka dan sesuai dengan keperluan tubuh adalah langkah bijak.
http://scienceinfo365.blogspot.my/2015/11/multivitamin-selamat-berkesan.html

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.